
Poll: 88% disagree with the Sultan
protests and huge outcry over what many have called an undemocratic ousting of a legitimate state government, it would be safe to assume that a majority of Malaysians are unhappy over what has been going on in Perak. [Selanjutnya..]

Chap Goh May menutup perayaan Tahun Baru Cina
Perayaan Tahun Baru Cina ditutup dengan sambutan Chap Goh May. [Selanjutnya..]
PPMPP didesak menyokong Dewan Perniagaan Melayu untuk ahli majlis
Sebagaimana yang dijelaskan selepas mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu, MPR menyatakan akan merombak sebahagian ahli-ahli majlis dikalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak menunjukan kemajuan, malah ada yang dikekalkan.
Berikutan itu, wakil Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) dikatakan akan menerima impak daripada perubahan ini dilihat memaksa ahli-ahli gambungan mereka mengeluarkan kenyataan media. [Selanjutnya..]

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina disambut sederhana
Tahun Baru Cina 2009 disambut sederhana hari ini diseluruh negara ekoran keadaan ekonomi global melanda negara ini.
Perhubungan Keadilan Negeri Pulau Pinang juga tidak melepaskan peluang bersama-sama menyambut perayaan kaum thiong hua ini di kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang di Seri Teratai. [Selanjutnya..]

Tahun Baru 2009M dan 1430H diraikan dengan penyediaan bubur asyura
Awal Muharam atau tahun baru hijrah, dalam masa yang sama juga tahun baru cina di awal tahun baru 2009, oleh itu wanita Keadilan Bahagian Bayan Baru mengambil kesempatan ini menyediakan lebih 500 bukusan bubur asyura yang telah disediakan secara bergotong royong hari ini.
Majlis tersebut juga akan dihadiri oleh Ketua Bahagian Bayan Baru yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohamed Hashim. [Selanjutnya..]

Hakmilik Kekal: Rakyat Bayan Baru menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri
Usaha untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap asalan kerajaan persekutuan (BN) menafikan hak rakyat mendapatkan pemilikan hak milik kekal berjaya dikumpul oleh YB Sim Tze Tzin.
Dalam memorandom yang telah ditanda tangani hampir 1000 pemilik rumah sekitar Bayan Baru ini akan dibawa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN). [Selanjutnya..]

Kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terangganu
Perjalanan jauh petugas-petugas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang membantu gerak-kerja pilihanraya kecil di sini berbalui apabila Calon Pakatan Rakyat, Haji Abdul Wahit Endut daripada PAS berjaya merampas kerusi tersebut daripada BN dengan majoriti lebih besar 2631.
Sepanjang tempoh tersebut, Perhubungan Keadilan Negeri Pulau Pinang ditempatkan di Chendering, DUN Batu Buruk merupakan JDM yang masih bertahan sebagai kubu kuat UMNO sehingga sekarang. [Selanjutnya..]

PKR Pulau Pinang di DUN Batu Buruk
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai sokongan calon Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahit Endut daripada PAS.
Kontijen PKR Pulau Pinang diketuai oleh Setiausaha Keadilan Pulau Pinang yang juga Pengarah Pilihanraya Keadilan Pulau Pinang, Mustafa Kamal Yusof atau Pak Mus telah ditempatkan di JDM Chendering, DUN Batu Buruk, gerak kerja pilihanaraya untuk JDM ini bantu oleh PKR Bahagian Kemaman. [Selanjutnya..]
|
Majlis Pakatan Rakyat Pulau Pinang dibentuk3 Januari, BAYAN BARU - Parti-Parti Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyatakan persetujuan rasmi membentuk Majlis Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (MPR) hari ini. Majlis ini terdiri dari setiap 7 orang pegawai dan wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam sesuatu mesyuarat yang akan dipengerusikan secara bersama. [Selanjutnya..] |

Bukan pro-Manika demonstrasi tanda India PKR padu, sokong Anwar
(Mstar) 3 Januari, PETALING JAYA: Kumpulan bukan 'pro-Manika' dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mengadakan demonstrasi petang ini bagi menunjukkan perpaduan ahli-ahli masyarakat India dalam parti itu mantap sambil menyatakan sokongan kepada Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kira-kira 150 orang hadir dalam perhimpunan itu yang dianjurkan oleh penyokong kalangan masyarakat India dalam PKR dan ahli-ahli Makkal Sakti.
Kumpulan itu berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR bermula pukul 3 petang bagi menunjukkan bahawa tiada sebarang perpecahan atau perasaan tidak puas hati di kalangan kaum India dalam PKR seperti mana yang di bangkitkan oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan penyokongnnya baru-baru ini. [Selanjutnya..]

Rakyat perlu nyatakan sokongan
Kerajaan pusat nafikan hak rakyat mendapat hakmilik kekal
Kerajaan Persekutuan (BN) cuba menafikan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memenuhi hak penduduk untuk mendapatkan Hakmilik Kekal untuk semua jenis rumah pangsa yang mempunyai nilai di bawah RM75 ribu seunit, di negeri ini.
Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasa mereka untuk mengkehendaki kerajaan negeri berunding terlebih dahulu dengan Majlis Tanah Negara (MTN) sebelum penukaran status tanah tersebut dilakukan. [Selanjutnya..]

Projek tambatan banjir bermula Februari ini
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan pembinaan tambatan banjir melalui kawasan Sungai Nibong Kecil dan Tengah.
Dalam satu kenyataan bersama Exco Pertanian dan Tambatan Banjir, Kerjaan Negeri Pulau Pinang YB Law Choo Kiang dan ADUN Pantai Jerejak, YB Sim Tze Tzin di pusat khidmat beliau antaranya menjelaskan projek ini adalah dana khas kerajaan negeri berumlah RM1.1 juta yang akan diuruskan Jabatan Parit Dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS) dan pembinaanya bermula Februari 2009 dan dijangka siap selewatnya hujung tahun 2009. [Selanjutnya..]
Nelayan Pantai ada hak yang sama
Nelayan di pengkalan Batu Maung dikunjungi Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Dato' Zahrain dan Exco Pertanian dan Tembatan Banjir, YB Law Choo Kiang untuk meninjau masalah yang dihadapi mereka. [Selanjutnya..]

Peserta harap diteruskan: Seminar Bimbingan Usahawan Rakyat
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majis Pembangunan Usahawan Negeri Pulau Pinang berjaya mengadakan Seminar Bimbingan Usahawan Rakyat secara percuma selama 2 hari, seramai 1200 orang bakal perniaga menghadiri program yang diusahakan oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, YB Mohamad Fairus Khairuddin yang merupakan exco pembangunan usahawan dan koperasi.. [Selanjutnya..]

Wanita boleh menguasai
Wanita terbukti berjaya untuk menguruskan keluarga serta boleh menguasai serta mempimpin kerjaya dan politik, jika dirasai mampu itulah antara rumusan tersirat yang dibuat dalam forum Wanita, Kerjaya, Keluarga dan Politik anjuran Wanita Keadilan Pulau Pinang yang dihadiri YB Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohamed Hashim, Peguam Wanita, Fellicia, Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr' Lo Lo dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng.
YB Dato' Zahrain dalam majlis berbeza anjuran Smart Reader Kids, Sungai Ara beliau menyatakan bahawa perkara melibatkan keselamatan dan pendidikan kanak-kanak sering dibangkitkan di Dewan Rakyat. [Selanjutnya..]

Masyarakat Madani Disambung Dari Aspirasi Anwar
Program Masyarakat Madani di Kampung Batu Uban disambut meriah dengan pengisian yang dilakukan untuk masyarakat setempat sepanjang hari anjuran JKKK Kampung Batu Uban bersama kerajaan negeri Pulau Pinang.
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, YB Mohamad Fairus Khairuddin. [Selanjutnya..]





